WELCOME..

Posted in Uncategorized

VIDEO ‘PNP’ SCORM COMPRESSIBILITY AND CONSOLIDATION

Semoga memberi manafaat, link di bawah ;

compressibility and consolidation

Posted in Uncategorized

Tanah Runtuh dan Gelinciran Tanah di Kundasang, Sabah, berlaku 9 April 2011

Monday, July 4, 2011

sumber ; http://easycomeseasygoes.blogspot.my/2011/07/tanah-runtuh-dan-gelinciran-tanah-di.html

Tanah Runtuh dan Gelinciran Tanah di Kundasang, Sabah, berlaku 9 April 2011

Kejadian tanah runtuh dan gelinciran tanah berlaku di Tanah Tinggi Kundasang, di kaki Gunung Kinabalu, Sabah mulai 9 hingga 14 April 2011 lalu.

Paling teruk terjejas kampung Kundasang lama, Dumpiring atas dan bawah serta Mohimboyon.

Keseluruhannya melibatkan 100 penduduk dari 36 keluarga.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah melakukan kajian di sekitar Kundasang dan didapati sebahagian kawasannya mengalami pergerakan tanah sehingga 0.5 meter setahun.

Ia berpunca keadaan geologi yang sensitif, rapuh dan kompleks.

Turut terjejas dalam kejadian itu, sebuah pusat peranginan terkenal, Zen Garden Resort yang dibuka sejak 20 tahun lalu dan mempunyai 8 bangunan serta 84 bilik , kini sudah tidak selamat diduduki.

Gelinciran tanah mendatar dan menegak antara 15 hingga 20 meter menyebabkan beberapa struktur bangunan telah runtuh.

Manakala bangunan lain hanya menanti masa untuk roboh.

Ekoran tanah runtuh, bekalan elektrik di kawasan ini terputus, melibatkan 8 keluarga.

Kajian jabatan mineral dan geosains serta insitut kajian bencana Asia Tenggara mendapati tanah tinggi di kaki gunung Kinabalu ini terletak dalam kawasan geologi sensitif, rapuh dan kompleks.

Ekoran itu, Kundasang terdedah kepada pergerakan gelinciran tanah dan gempa bumi berskala kecil.

8 kompleks gelinciran tanah dikenal pasti aktif di sekitar pekan Kundasang.

Antaranya di pekan Kundasang itu sendiri serta beberapa kampung termasuk Kundasang lama, Dumpiring dan Lembah Permai.

Purata pergerakan tanah mencapai lingkungan 0.5 meter setahun.

Kajian juga menunjukkan 70 peratus daripada kawasan lingkungan 50 kilometer persegi sekitar pekan Kundasang memerlukan penyiasatan tapak terperinci.

Menurut Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo selaku Pengarah institut penyelidikan pencegahan bencana Asia Tenggara :

“kebanyakan kawasan Kundasang yg cerunnya landai, pergerakan cerunnya adalah dalam bentuk sebegitu, pergerakan sangat perlahan, itu yg kita dapat lihat rumah yg condong & sebagainya tetapi ada lagi 1 bentuk pergerakan pada cerun yg agak curam spt di kawasan zen garden itu & pergerakan spt itu pada peringkat awalnya bergerak dgn pantas, jadi dia jatuhan pantas dibawahnya bergerak juga agak pantas”

Katanya jika kejadian itu dibiarkan tanpa pelan tindakan mitigasi sementara, gelinciran tanah itu akan terus bergerak dan merosakkan keseluruhan kawasan Kundasang lama dan Zen Garden.

Oleh itu pemantauan sepanjang masa, langkah berjaga jaga dan langkah pemindahan penduduk wajib dilakukan.

Ekoran itu langkah kawalan jangka pendek, sederhana dan panjang disarankan.

langkah kawalan jangka pendek di kundasang

kajian penilaian dan pemetaan kestabilan tapak di zen garden dan kundasang lama

langkah kawalan jangka sederhana

kajian impak komuniti dan ekonomi kundasang

langkah kawalan jangka panjang

menentukan langkah mitigasi secara total dilaksanakan di kawasan strategik kundasang

kajian geologi, hidrologi, geoteknik dan analisis ancaman gelinciran tanah

Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang turut melawat tempat kejadian berkata :
“dari segi pembangunan nanti, satu kebenaran membangun penetapan input geologi, 1 kemestian ialah mesti apa sekiranya kita membuat sesuatu atas tapak tanah itu, maka kita minta supaya syarat2 mungkin yg mereka kenakan itu mestilah dikenakan oleh tindakan pihak berkuasa tempatan.”

Pihak berkuasa tempatan, PBT juga perlu membentuk jawatankuasa pembangunan kawasan sensitif serta mewajibkan pematuhan syarat input geologi bagi program pembangunan di Kundasang.

Posted in Uncategorized

Direct Shear Test (ujian ricih terus)

Posted in Uncategorized

concrete blok for retaining wall

Posted in Uncategorized

PROBA MACKINTOCH

Posted in Uncategorized

LAMBAIAN DITELAN TANAH

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop dan Asrizal Aris

am@hmetro.com.my

Tapah:

“Dia (Ikbal) sempat melambai tangan meminta diselamatkan, namun saya tidak sempat berbuat apa-apa kerana tanah jatuh begitu cepat menghempap badannya sebelum dia terus hilang dari pandangan,” kata Muhamad Faruk Abdul Rashid, 43. Faruk saksi kejadian termasuk rakan baik kepada salah seorang mangsa yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kawasan tapak pembinaan di Jalan Kampung Banir, Batu 3, Temoh, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, dua pekerja kontrak warga Bangladesh dikenali sebagai Md Abu Talib, 30, dan Ikbal Hossain, 32, maut selepas ditimpa tanah ketika melakukan kerja gerudi tanah di kawasan itu.Menurut Faruk, dia sedih kerana tidak sempat menyelamat rakannya itu. Katanya, keadaan di kawasan tapak pembinaan itu cemas apabila mendengar jeritan mangsa meminta pertolongan, namun kesemua pekerja di situ tidak dapat berbuat apa-apa berikutan tanah jatuh dengan cepat. “Keadaan tiba-tiba jadi kelam-kabut apabila mendengar jeritan kedua-dua mangsa meminta pertolongan, namun tidak sampai beberapa saat suara berkenaan terus hilang ditelan tanah berkenaan. “Dia (Ikbal) rakan paling rapat saya, kami sentiasa berdua pada setiap masa dan saya sangat terkilan kerana tidak dapat menyelamatkannya walaupun dapat melihatnya meminta pertolongan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, kedua-dua mangsa yang maut itu berasal dari Dhaka, Bangladesh dan ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja gerudi tanah. Katanya, siasatan awal mendapati, punca kejadian berlaku apabila salah seorang operator mesin menarik mesin gerudi ke atas tanah menyebabkan tanah menggelongsor dan menimbus kedua-dua mangsa. “Kedua-dua mangsa dipercayai sedang melakukan kerja menggerudi tanah bagi kajian tanah di kawasan pembinaan kilang itu sebelum mesin dibawa naik dan menyebabkan tanah jatuh ke arah kedua-dua mangsa. Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala kes berkenaan masih dalam siasatan,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tapah A Ravi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.31 petang dan dua jentera dengan kekuatan 17 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Menurutnya, setiba di lokasi kejadian didapati berlaku pergerakan tanah dan mendapati dua mangsa terperangkap menyebabkan pihaknya terpaksa menggunakan jentera pengorek. “Mayat mangsa pertama dijumpai kira-kira jam 5.30 petang di kedalaman tiga meter dari permukaan, namun usaha mengeluarkannya mengambil masa disebabkan kaki mangsa tersepit manakala seorang lagi ditemui jam 6.40 petang dengan kedalaman sembilan meter,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Februari 2015 @ 8:14 AM – See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33375#sthash.c1wAqXY4.dpuf

Posted in Uncategorized